Login

Register

User Registration
or Cancel

Aspirin

Nama ubat : Aspirin (Acetylsalicylic Acid)

Jenama Ubat :

 

1. Aceprin® 
 
2. Alka-Seltzer®  (aspirin + citric acid + sodium bicarbonate)
 
3. Aspirin Bayer®
 
4. AspirinCardio® 
 
5. Cardiprin 100® (aspirin + glycine)
 
6. Casprin® 
 
7. Disprin®  
 
8. Glyprin® 

 

Kategori Ubat : Ubat Tahan Sakit Bukan Steroid (NSAID)

Aspirin adalah ubat dalam kumpulan salicylate yang berfungsi mengurangkan bahan penyebab sakit, demam dan radangan dalam badan. Aspirin biasanya digunakan untuk mengubati kesakitan yang sederhana dan juga boleh mengurangkan demam dan radangan. Ubat ini juga digunakan untuk mengubati atau menghalang serangan jantung, angin ahmar dan sakit dada. Aspirin boleh digunakan untuk jantung hanya dibawah arahan doktor.

 


Maklumat Penting Mengenai Aspirin

Aspirin tidak patut diberikan kepada kanak-kanak atau remaja yang mengalami demam terutamanya jika mereka mengalami simptom selsema dan cacar air. Aspirin kadang kala boleh mendatangkan keadaan yang serius yang dipanggil sindrom Reye's kepada kanak-kanak yang boleh menyebabkan kerosakan hati dan otak.
Hentikan menggunakan aspirin dan terus berjumpa doktor jika anda mengalami simptom seperti pendarahan di perut atau usus, najis yang hitam atau berdarah, dan batuk berdarah.
Elakkan minuman alkohol atau arak ketika mengambil ubat ini kerana alkohol boleh menigkatkan risiko pendarahan pada perut.

Sebelum Mengambil Aspirin

Aspirin tidak patut diberikan kepada kanak-kanak atau remaja yang mengalami demam terutamanya jika mereka mengalami simptom selsema dan cacar air. Aspirin kadang kala boleh mendatangkan keadaan yang serius yang dipanggil sindrom Reye's kepada kanak-kanak yang boleh menyebabkan kerosakan hati dan otak.
Jangan gunakan ubat ini jika anda alahan kepada aspirin atau :
1. Mempunyai sejarah pendarahan pada perut dan usus
2. Penyakit pendarahan seperti hemofilia
3. alahan kepada ubat-ubat NSAIDs iaitu ubat tahan sakit

Jika anda mempunyai keadaan seperti dibawah, anda perlukan perubahan dos atau ujian sebelum anda selamat untuk mengambil aspirin:
1. Asthma atau lelah
2. Penyakit gastrik
3. Penyakit hati
4. Penyakit buah pinggang
5. Penyakit pendarahan atau pembekuan darah
6. Penyakit jantung, darah tinggi atau kegagalan jantung
7. Gout

Jika anda mengambil aspirin untuk penyakit serangan jantung dan angin ahmar, elakkan mengambil ubat ibuprofen. Ibuprofen boleh mengurangkan kesan aspirin untuk jantung anda dan salur darah. Jika anda menggunakan kedua-dua ubat, sila ambil ibuprofen sekurang-kurangnya 8 jam sebelum atau 30 minit selepas mengambil aspirin.
Aspirin juga mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan, mengurangkan berat bayi dan boleh memberikan kesan bahaya kepada bayi. Beritahu doktor jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung. Aspirin juga boleh melalui ke susu ibu dan boleh membahayakan anak yg disusuinya. Jangan gunakan ubat ini jika anda menyusu anak atau beritahu doktor yang anda menyusu anak.


Bagaimana saya mengambil aspirin?

Guna aspirin seperti diarahkan oleh doktor dan label. Jangan ambil aspirin dengan kadar yang sikit atau berlebihan atau terlalu lama. Makan ubat ini dengan segelas air. Makan ubat selepas makan boleh mengurangkan sakit perut. Enteric-coated aspirin mempunyai lapisan yang istimewa untuk mengelakkan sakit perut. Jangan kunyah ubat atau pecahkan ubat enteric coated ini.
Jika anda akan mengalami pembedahan, sila beritahu doktor anda sedang mengambil aspirin. Anda dikehendaki untuk menghentikan pengambilan aspirin untuk sementara.

Apa patut saya buat jika terlupa makan ubat ?

Makan ubat sejurus anda ingat. Jika hampir dengan dos seterusnya, jangan makan dos yang tertinggal itu dan makan ubat seperti biasa untuk dos seterusnya. Jangan makan ubat lebih daripada yang diarahkan oleh doktor.


Apa harus saya buat jika termakan lebih ?

Pergi ke kelinik atau hospital berhampiran jika anda merasakan terlebih dos. Simptom-simptom terlebih dos termasuklah getaran di telinga, sakit kepala, mual, muntah, pening, halusinasi, bernafas dengan laju, demam, sawan atau coma


Apa yang harus saya elakkan ketika mengambil aspirin?

Jangan ambil ubat lain tanpa bertanya kepada doktor dan ahli farmasi. Aspirin boleh dijual tanpa preskripsi atau ubat OTC dan boleh menyebabkan anda terlebih dos aspirin. Sila baca label ubat jika ubat lain juga mengandungi aspirin.
Elakkan ambil ubat penahan sakit yang lain seperti ibuprofen, diclofenac, diflunisal, etodolac, indimethacin, ketorolac, mefenamic acid, meloxicam, nabumetone, naproxen dan lain-lain.
Elakkan mengambil alkohol dan minuman keras kerana boleh menigkatkan risiko pendarahan di perut. Jika anda mengambil aspirin untuk penyakit serangan jantung dan angin ahmar, elakkan mengambil ubat ibuprofen. Ibuprofen boleh mengurangkan kesan aspirin untuk jantung anda dan salur darah. Jika anda menggunakan kedua-dua ubat, sila ambil ibuprofen sekurang-kurangnya 8 jam sebelum atau 30 minit selepas mengambil aspirin.


Kesan Sampingan Aspirin

Sila dapatkan rawatan kecemasan di hospital jika anda mengalami kesan alahan seperti keradagan dan gatal pada kulit, susah untuk bernafas, bengkak pada muka, bibir dan tekak.
Hentikan pengambilan aspirin dan terus berjumpa doktor jika anda mengalami kesan seperti :
1. Najis yang hitam atau berdarah
2. Batuk berdarah atau muntah yang seperti biji kopi
3. Mual dan muntah yang teruk
4. Sakit dan pedih perut
5. Demam yang berlarutan selama 3 hari
6. Bengkak atau sakit yang berlarutan lebih 10 hari
7. Mengalami masalah pendegaran atau getaran di telinga

Kesan sampingan yang kurang serius seperti rasa perut yang tidak sedap, pedih hati, pening atau sakit kepala. Sila ke hospital atau klinik berhampiran jika anda mengalami kesan sampingan yang lain daripada disebutkan diatas.


Apakah ubat yang boleh mempengaruhi aspirin ?

Beritahu doktor jika anda sedang mengambil ubat lain seperti ubat kemerungan atau antidepressant, ubat pencair darah seperti warfarin dan ubat salycilate lain. Sila beritahu doktor jika anda mengambil ubat lain termasuklah pil-pil vitamin dan lain-lain.


Tanya Farmasi Anda

No posts to display.

___________________________

Help promote this web by

copy this code and put at

your web or blog

____________________________

Untuk Maklumat dan Keracunan ubat,

Hubungi Pusat Racun Negara (PRN) di :

 
Waktu Pejabat: 
1-800-88-8099 / +604-657 0099
(Isnin - Jumaat: 8.10am-5.10pm)
 
Selepas Waktu Pejabat
(Termasuk Hujung Minggu dan Cuti Umum)
+6012-430 9499

Copyright by MalaysianPharma.com 2013

Select style: Red Brown

eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort eskisehir escort radyo dinle radyo dinle izmir escort
Notice: Uninitialized string offset: 0 in /home/malays98/public_html/templates/gk_sporter/lib/gk.framework.php on line 600